POLISI PENERIMAAN ADUAN AWAM
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH


1. MPAG menerima aduan-aduan awam seperti berikut:-


i. Maklumat pengadu iaitu nama, alamat dan nombor telefon yang lengkap;


ii. tidak menggunakan bahasa yang kesat, lucah, penghinaan, ugutan, ancaman dan tuduhan tanpa asas;


iii. tidak melibatkan keputusan mana-mana mahkamah / badan arbitrari dan seumpamanya, dan


iv. tidak melibatkan pertikaian masalah peribadi atau hak milik persendirian antara individu / syarikat.


2. Pemakluman bagi penerimaan dan pemprosesan Aduan Awam akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam kepada pengadu.


3. Aduan Awam yang bukan di bawah skop MPAG akan dipanjangkan ke jabatan atau agensi berkaitan dan pengadu disarankan untuk berurusan terus dengan jabatan atau agensi tersebut.


4. Pelaksanaan tindakan adalah berdasarkan tahap aduan yang dilaksanakan oleh jabatan yang berkaitan.




Disediakan oleh:
Jabatan Korporat Dan Khidmat Masyarakat