MPAG Digital dibangunkan untuk memudahkan perkhidmatan digital kepada penduduk Alor Gajah.
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan mesra pengguna kepada penduduk. Dengan perkembangan teknologi digital, MPAG telah membangunkan MPAG Digital untuk memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan secara atas talian.
MPAG Digital bertujuan untuk memudahkan pelanggan yang berurusan dengan MPAG, secara majoritinya terdiri daripada penduduk tempatan dan komuniti perniagaan serta pelabur dalam dan luar negeri yang beroperasi di kawasan pentadbiran MPAG.
Kemudahan atas talian untuk Pentaksiran Cukai, Sistem e‑Bangunan dan Perlesenan.
Semakan dan pembayaran cukai taksiran anda secara atas talian.
Permohonan dan semakan status pelan bangunan secara digital.
Sistem perlesenan terintegrasi. Mohon dan semak status permohonan lesen.
Cari perunding berdaftar dalam kawasan MPAG.